Wednesday, February 2, 2011

3 hidangan

      assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada makcik2,kakak2 dan adik2 yang berada di rumah tu.apa khabar?
ok.pada hari ni,cik tin nak berkongsi resipi masakan cik tin yang telah cik tin pelajari dari mak cik tin tersayang ye.
thank you to puan norlia kerana telah memberi sedikit ilmu memasak kepada anak mu fatin!
   
     mulanyer hari ni memang cik tin malas nak belajar masak ni,tapi disebabkan mak cik tin yang tak habis2 memujuk dan bermurah hati untuk berkongsi ilmu dengan cik tin,cik tin pon sedikit sebanyak terasa jugak nak cuba masak walopon hati ni malas nak terjun ke dapur..


    cik tin pon terjun ke dapur(ingat!!cik tin tak guna parachute)
cik tin pon keluar kan le bahan2 yang perlu untuk memasak..
disini,why not cik tin berkongsi ilmu kepada anda semua yang berada di rumah tu,sambil2 goyang kaki bace blog cik tin tu p la amik la pen ke pensel ke salin resipi yang cik tin nak bagi ni..


bahan-bahan untuk memasak ikan bawal emas 3 rasa:
>ikan bawal 2 ekor
>sos tiram
>cili sos
>kicap manis dan masin
>garam
>sebiji tomato(dipotong setengah)*
>bawang putih 3 ulas*
>bawang besar(separuh)*
>halia sebesar ibu jari*
>cili api 6 biji*


bahan-bahan yang cik tin tandekan merah tu perlu di blend kan sekali!

ok,mula2,panaskan minyak,goreng ikan bawal emas yang 2 ekor tu sampai garing!


lepastu,buat untuk sos die pulak..


letak minyak,tumiskan bahan yang di blend tadi sampai garing,kalau rasa macam garing sangat,letak sikit air(agak2 je)
dah lebih kurang garing tu,masukkan sos tiram 1/2 sudu.
cili sos(agak2 je),kicap manis dan kicap masin,letak garam sikit,jangan banyak sangat.!sebab kicap masin dah ade..ingat!selamat maju jaya cik tin ucapakan!heeee


dan hasil nyer anda akan perolehi sebegini!!





hidangan pertama anda!



hiasan tu ikot anda le.hehe


ok,bahan-bahan untuk membuat sup tauhu telur:
>3 paket tauhu telur
    >halia sebesar ibu jari*
 >bawang putih 3 ulas*
  >bawang besar separuh*
     >kentang 2 biji(potong 4)
      >garam dan kiub ikan bilis
      >kulit kayu manis(satu je)
bahan-bahan yang cik tin tanda kan merah tu perlu di blend!
mula2 tauhu telur yang dalam paket tu kene potong empat dan digoreng sehingga garing,lepas tu tumiskan bahan2 yang di blend tu dan letakkan satu batang kulit kayu manis dan kentang,agak2 dah naik bau tu,letak air kosong paras periuk yang anda guna kan tu ye...masukkan kiub ikan bilis dan letakkan garam secukup rasa dan sedikit gula(kalau nak),biarkan sup mendidih sehingga kentang empuk dan masukkan tauhu telur yang dipotong 4 tadi,kecikkan api..
dan untuk hiasan letakkan daun ketumbar,lada sulah dan bawang goreng untuk menaikkan lagi bau sup tersebut!selamat mencuba..



inilah sup yang telah siap


untuk memasak sayur kacang peas vs kobis:

    >bawang besar dipotong halus(ikot sayur banyak mana le)*
    >cili masak dipotong comel*
    >kiub ikan bilis*
    >bawang putih 2 ulas*
    >sayur kacang peas dan kobis
    >garam
    
tumiskan bahan-bahan yang telah cik tin tandakan merah tu,letakkan sedikit garam..
lepas dah agak kekuningan dan bau die yang agak harum2 sikit tu,letakkan kacang peas dan diikuti dengan sayur kobis..letak sedikit air dan masak sehingga anda rasa dah MASAK!hehe..



siap!!

ha ok tak resipi cik tin hari ni..
kalau rasa tak puas hati dengan bahan-bahan yang cik tin gunakan dalam masakan ni,anda boleh tambah le bahan-bahan yang lebih baik daripada cik tin...

selamat mencuba resipi cik tin!!!

   masakan yang telah siap dihidang!!!!


sepinggan nasi untuk cik tin jamu!




thanks puan norlia!


  



























No comments:

Post a Comment